PERSARAAN PEGAWAI BAHAGIAN OPERASI

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan ucapan penghargaan dan cenderamata kepada PKPgB Che Mohd Fauzi bin Che Omar, Cawangan Pengurusan Lojistik pada Isnin(20 Jun 2022) di pejabat Bahagian Operasi sempena persaraan PKPgB Che Mohd Fauzi bin Che Omar . PKPgB Che Mohd Fauzi bin Che Omar akan bersara wajib pada 21 Jun 2022 selepas berkhidmat selama 38 tahun dalam JBPM(1 November 1984  hingga 21 Jun 2022). PKPgB Che Mohd Fauzi bin Che Omar, turut mengetik kad perakam waktu terakhir sebagai ketandaan berakhirnya perkhidmatan bersama JBPM. Kami mewakili warga JBPM Negeri Kelantan khasnya, dan JBPM amnya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan khidmat bakti yang cemerlang kepada jabatan ini. Turut Hadir adalah Timbalan Pengarah, serta pegawai Jabatan.

English EN Malay MS
Skip to content