Perkhemahan ini telah berlangsung pada 8 hingga 11 September 2025 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai. Kontingen Kelantan disertai seramai 24 orang kadet (12 lelaki & 12 perempuan) dan menyertai 10 kategori pertandingan.
Pencapaian Kontingen Kelantan:
• Pingat Emas – Kawad Kaki
• Pingat Perak – Kawad Kaki
• Pingat Perak – Montage Fire Drill
• Jurulatih Terbaik Keseluruhan
• Tempat Ketiga Keseluruhan
YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan turut hadir memberi sokongan kepada para peserta.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih serta urusetia yang terlibat.











