PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Tarikh : 6 Disember 2023

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan

Bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Disember 2023. Majlis yang telah dihoskan oleh Pejabat Zon 1 JBPM Negeri Kelantan adalah Majlis Perhimpunan Bulanan terakhir pada tahun 2023. Terdahulu majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh PgKB II Khairul Ariffin b. Che Ramli, Ketua Zon I.Antara pengisian program pada kali ini ialah penyampaian Sijil Perkhidmatan Terpuji kepada pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi cemerlang. Turut diadakan ialah penyerahan Life Jacket dan penyerahan replika kunci kenderaan FIO yang baru. Selain itu, penyampaian Sijil Penghargaan kepada pegawai – pegawai yang berjaya dalam pertandingan Debat,Pidato,Fire Chef dan KIK/Inovasi juga telah diadakan. Kesemua penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Turut hadir PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Terima kasih.

English EN Malay MS
Skip to content