Tarikh : 24 Julai 2024
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, JBPM Negeri Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah hadir merasmikan Perhimpunan Bulanan Bulan Julai JBPM Negeri Kelantan. Atur cara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh PgKB II Zamri bin Mohamad Yusob, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Kelantan. Selepas itu YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya membuat penyerahan bendera Kontinjen Ragbi JBPM Negeri Kelantan yang akan bertanding dalam Pertandingan Ragbi Piala YAS Ketua Pengarah JBPM. Dalam program tersebut juga telah diadakan sesi memperkenalkan pegawai-pegawai baharu yang melapor diri di JBPM Negeri Kelantan.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN