YS PPjB Jainal @ Zainal Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, melaksanakan lawatan serta pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard(SOP) Covid-19, pemeriksaan pendaftaran My Sejahtera serta taklimat ringkas berkenaan tindakan yang perlu diambil oleh anggota bertugas bagi memastikan pematuhan kawalan keselamatan kendiri untuk mencegah penularan Covid-19 pada Ahad(11 Julai 2021) Di Balai Bomba dan Penyelamat Jeli. YS Pengarah turut menyampaikan pakaian operasi dan pelitup muka kepada Encik Roslan bin Mat Nordin Pengerusi Bomba Sukarela Jajahan Jeli bagi mengekang penularan wabak Covid-19. YS Pengarah turut meninjau Balai Bomba Sukarela Jajahan Jeli yang dihadiri oleh PPgB Mohd Adnin bin Ibrahim, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, PgB Abu Hasan bin Mohd Nawi @ Che Yahya Bahagian Operasi, PKPgB Che Mohd Fauzi bin Che Omar, PKPgB Mohd Faizol Hisyam bin Abdullah.