PELANCARAN LIFE SAVING APPLIANCES (LiSA) PROGRAM ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin  Haji Daud,

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah,Penerangan Dan

Hubungan Seranta, Negeri Kelantan menyempurnakan Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Life Saving Appliances(LiSA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan pada Sabtu(23 Julai 2022). YB Dato’ Panglima Perang, Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin  Haji Daud, turut melawat pameren jabatan termasuk Bas Pameran, serta Fire Kitchen Abang Bomba dan YB Dato’ turut mempamirkan kemahiran memasak serta menyantuni pelanggan yang hadir dilokasi tersebut. Turut hadir adalah YBrs. Encik Norzaharudin Amin bin Husin, Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik  dan Antarabangsa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PPjB Nik Zulkifli bin Ibrahim, Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(Cawangan Program Keselamatan Kesedaran Awam), YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Pegawai-pegawai Ibu Pejabat Putrajaya, serta pegawai JBPM Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content