PELAKSANAAN UJIAN KOMPETENSI PASUKAN KHAS EMRS ( PRAKTIKAL) JBPM KELANTAN TAHUN 2025

Tarikh : 08 – 09.10. 2025

Masa : 0900 – 1700

Tempat : Ibupejabat JBPM Negeri Kelantan

Ujian Kompetensi Pasukan Khas EMRS adalah ujian tahunan yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memastikan anggota Pasukan Khas Emergency Medical & Rescue Services (EMRS) sentiasa mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini dalam penilaian dan pengurusan mangsa di tempat kejadian. Ujian ini merangkumi aspek teori secara maya dan amali berkumpulan, yang melibatkan penilaian kecekapan individu dan pasukan secara keseluruhan.

Tujuan Ujian Kompetensi:

1. Untuk menilai pengetahuan dan kemahiran anggota EMRS dalam teknik penilaian awal dan pengurusan mangsa.

2. Memastikan anggota EMRS sentiasa “up-to-date” dengan kemahiran terkini dalam perkhidmatan perubatan dan penyelamat kecemasan.

3. Mengekalkan standard kecemerlangan dan kesiapsiagaan pasukan khas EMRS.

Jenis Ujian:

Teori: Ujian secara maya yang menguji pengetahuan teori mengenai prosedur dan protokol EMRS.

Amali (Praktikal): Ujian berkumpulan yang melibatkan simulasi situasi kecemasan untuk menilai kebolehan anggota bekerjasama dan melaksanakan tugas secara berkesan.

Pelaksanaan:

Ujian ini dijalankan secara serentak di seluruh negara. Ujian ini melibatkan semua anggota pasukan khas EMRS untuk memastikan tiada keciciran kemahiran.

Kepentingan Ujian Ini:

1. Sebagai penanda aras untuk tahap kemahiran setiap anggota pasukan EMRS.

2. Untuk meningkatkan profesionalisme dan tahap kecekapan pasukan EMRS dalam memberi rawatan kecemasan.

3.Untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan dalam menjalankan misi penyelamat kecemasan.

ms_MYMalay