PASCA BANJIR PPS SURAU KG PUTAT TUJUH

Tarikh : ( 1 Disember 2022) Khamis

Tempat : Kg Putat 7 Rantau Panjang

Masa  : 10.00 Pg.

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah JBPM Negeri Kelantan, hadir ke Program Pasca Banjir PPS Surau Kg Putat Tujuh Rantau Panjang. Program disertai oleh pegawai dan anggota BBP Rantau Panjang bersama Sukarelawan 3RD Force daripada Yayasan Raja Shamri. Antara aktiviti dijalankan ialah anggota bomba dan sukarelawan telah membersihkan Surau dan PPS yang terjejas banjir. Selepas itu YS Pengarah bersama YM Dr. Raja Shamri bin Raja Husin Pengerusi Exsekutif Yayasan Raja Shamri telah mengagihkan makanan ‘foodbag’ kepada mangsa banjir. Program anjuran bersama JBPM Negeri Kelantan dan Yayasan Raja Shamri diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan.

English EN Malay MS
Skip to content