Tarikh : 20 Ogos 2025
Masa : 0830 – 1230
Tempat : Ibupejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan berbesar hati menerima kunjungan delegasi Tim Naziran Jabatan Perkhidmatan Awam- Bahagian Gaji dan Elaun yang diketuai oleh Puan Hasmarulaini binti Omar, Pengarah (Bahagian Gaji Dan Elaun) Jabatan Perkhidmatan Awam dan Dr. Nor Azlin binti Mohammad Shamsudin, Timbalan Pengarah (Bahagian Gaji Dan Elaun) Jabatan Perkhidmatan Awam pada hari ini.
Sesi naziran ini telah kendalikan oleh PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan bersama PPjB Ismail bin Abdul Ghani dari Bahagian Operasi Kebombaan dan Menyelamat, Ibupejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya.
Turut terlibat dalam sesi naziran ini adalah pegawai dari dan Pegawai-pegawai kanan jabatan, Bahagian Pengurusan Dan Cawangan Sumber Manusia dan Cawangan Pengurusan Kewangan.
















