MESYUARAT AUDIT KUALITI DALAMAN ISO 9001:2015 DAN SISTEM PENARAFAN BINTANG JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

YS PPjB Jainal@Zainal b. Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mempengerusikan mesyuarat pada 9hb Mac 2023 jam 2:30 petang hingga 5:00 bertempat di Dewan Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan JBPM Kelantan bagi penyelarasan Audit MS ISO 9001:2015, MS ISO 37001:2016 & Sistem Star Rating (SSR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.  Ianya sebagai persediaan bagi menghadapi audit yang akan dijalankan pada 12hb – 16hb Mac 2023 di JBPM Negeri Kelantan.  Pada tahun ini sebanyak 12 balai yang diaudit dan semua Bahagian dan Zon JBPM Kelantan.  Seramai 14 Pegawai Audit yang akan hadir bagi mengukur tahap pencapaian di JBPM Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content