MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS PENTAULIAHAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN JBPM KELANTAN

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan ucapan Perasmian Majlis Tamat Latihan Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Siri 1 Tahun 2022 pada Rabu(23 Mac 2022). Seawal majlis YS pengarah memeriksa perbarisan dan diikuti ucapan oleh PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, JBPM Negeri Kelantan. Kursus tersebut bermula pada 14 Mac hingga 23 Mac 2022 di Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Kelantan, terdiri dari 54 orang PBB Kelantan dan 14 PBB Negeri Terengganu. Turut hadir adalah, YB Tuan Haji Mohd Huzaimy bin Che Husin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Bachok Kelantan, PgKB II Muhammad Basri bin Kamarazaman,Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Terengganu,Ketua-ketua Bahagian, Zon, Ketua-ketua Balai.

English EN Malay MS
Skip to content