Tarikh : 8 Mei 2024 ( Rabu )
Masa : 12.30 pagi
Tempat :Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, JBPM Negeri Kelantan
Pada 08 Mei 2024, bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan telah diadakan sambutan aidilfitiri peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan bagi tahun 2024. Majlis yang bermula pada 12.30 tengahari yang dihiasi dengan pelbagai jenis juadah dan gerai-gerai menarik mengikut pecahan balai-balai di negeri Kelantan.
YS PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan turut bersama bagi memeriahkan lagi majlis aidilfitri pada kali ini. Bertemakan Bomba dan Kemaafan telah memberi impak yang positif disamping mengukuhkan lagi jalinan ukhwah tanpa mengira pangkat. Majlis juga turut diserikan dengan penyampaian sumbangan aidilfitri kepada para jemputan dan anggota yang disampaikan sendiri oleh YS Pengarah.
Turut hadir bersama delegasi dari Negara Thailand, Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri , rakan-rakan media, pesara-pesara bomba, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta jemputan anggota dan pegawai di seluruh negeri Kelantan.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN