MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

Kota Bharu, Kelantan, 17.05.2023 : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia JBPM Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat negeri Kelantan yang telah diadakan di Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Majlis diadakan pada jam 11.30 pagi sehingga 3.30 petang. Sebanyak 30 gerai yang melibatkan balai-balai daerah telah dibuka bagi menyediakan juadah makanan dan minuman disamping memeriahkan majlis.YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan, PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin menyampaikan ucapan alu-aluan serta merasmikan majlis tersebut. YS Pengarah juga turut mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua tetamu yang hadir mewakili warga kerja JBPM Negeri Kelantan.Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan buskers dari JBPM Negeri Kelantan serta penyampaian Sumbangan Inspirasi Qaseh Raya oleh Encik Nik Mohd Nurul Ihsan Bin Salleh yang mewakilih YaPEIM Negeri Kelantan. Seramai 100 penerima telah hadir bagi menerima sumbangan tersebut. Pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya Gerai Terbaik , Pakaian Terbaik Lelaki dan Pakaian Terbaik Wanita. Majlis berakhir dengan sesi lawatan gerai oleh YS Pengarah serta bergambar.

English EN Malay MS
Skip to content