MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN OKTOBER PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Tarikh : 23 Oktober 2025 (Khamis(

Masa : 0900 – 1130

Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, JBPM Negeri Kelantan

Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan perhimpunan tersebut yang telah berlangsung dengan pengisian pelbagai program. Majlis dimulakan pada jam 0900 dengan Tayangan Montaj dan Video oleh Unit Kejuruteraan Jentera, Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Siap Sedia, Setiap Masa dan Bacaan Doa.

YS PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah memberikan ucapan beliau dengan menekankan mengenai kesiapsiagaan jentera, logistik dan sumber manusia disamping penekanan terhadap persediaan menghadapi MTL yang telah bermula dari September 2025. Selain itu isu integriti dan rasuah juga turut ditekankan sebagai peringatan terhadap semua pegawai.

Majlis diteruskan dengan penyampaian kepada penerima antaranya melibatkan :

– Sijil Kadet Bomba

– Sijil Inovasi KPKT

– Sijil Eksplorasi KPKT

– Sijil KIK Peringkat Negeri

– Penyampaian Tool Kit Ketua Zon

– Sijil Penghargaan Balai dan Kejuruteraan

– Sijil Penghargaan Pegawai Kenderaan

– Penerima piala dan medal sepak takraw

– Penerima Hadiah kejuaran tarik tali

– Sambutan Hari Kelahiran Pegawai bulan September dan Oktober

Dalam majlis yang sama juga diadakan Program Derma Darah anjuran HRPZ dan Hospital KPJ Kota Bharu.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar, Sidang Media, jamuan dan para jemputan beransur pulang pada jam 1100.

ms_MYMalay