MAJLIS PERBARISAN TAHUNAN TAHUN 2024 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Tarikh : 7/2/2024

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Ibu Pejabat, JBPM Negeri Kelantan

Bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, telah berlangsung Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2024 JBPM Negeri Kelantan. Terdahulu YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah memeriksa Perbarisan Kehormat. Seterusnya diadakan Majlis Pelancaran Menghapus Bahaya Kebakaran ( MBK ) dan  Ops Rondaan Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024. Selepas itu, Bacaan Ikrar Integriti yang diketuai oleh PgKB II Fadhlizil Ikram bin Ahmad Fauzi,telah diadakan. Bacaan Ikrar adalah melibatkan seluruh warga JBPM Negeri Kelantan. Antara pengisian lain ialah pemakaian tanda pangkat KUP KB 22,KB,24 dan KB38. Turut diadakan penyampaian Sijil Audit SSR,penyampaian sijil kecemerlangan Sukan Ceupac dan penyampaian SPT PBB. Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

ms_MYMalay