MAJLIS PERBARISAN TAHUNAN JBPM NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

Tarikh : 2 Februari 2023 ( Khamis )

Tempat : Ibu Pejabat, JBPM Negeri Kelantan

Masa  : 9.00 pagi

Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Tahun 2023 telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan yang dihadiri Warga JBPM dan tetamu-tetamu jemputan yang diraikan bermula jam 9.00 pagi. Majlis yang diadakan pada setiap permulaan tahun baharu ini telah disempurnakan oleh YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Majlis turut dihadiri PgKB I Anwar bin Abu Bakar Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan JBPM oleh YS Pengarah. Dalam majlis tersebut, YS Pengarah turut membacakan Teks Amanat YAS Dato’ Sri Ts. Ketua Pengarah JBPM. Juga diadakan penyampaian surat penghargaan kepada agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang membantu dalam menaikkan imej jabatan di mata masyarakat.

English EN Malay MS
Skip to content