Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan turut serta dalam Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Tilawah Al-Quran, Azan Dan Hafazan Piala YB Menteri KPKT secara atas talian pada 28 April 2021(Rabu). Penyertaan tersebut dihadiri oleh PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Zon Kota Bharu yang di adakan di Bilik Mesyuarat Utama JBPM Negeri Kelantan, manakala peringkat balai turut mengikuti secara atas talian adalah PPgB Mohd Rafain bin Mat Zain, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah bersama anggota bertugas dan PBK I Zainal Fitri bin Hussin, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung bersama anggota bertugas. Warga Jabatan ini turut memberi sokongan kepada PB Safwan bin Ab Kadir, Qari dari JBPM Negeri Kelantan Naib Johan.