Pada 21 April 2025 jam 1230 tengahari, bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan telah diadakan Majlis Jalinan Mesra AidilFitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan 1446/2025. Majlis telah diserikan dengan pelbagai jenis hidangan serta juadah dan gerai-gerai menarik mengikut pecahan balai-balai di negeri Kelantan.
YAS Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM, diiringi oleh YS PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah JBPM Negeri Kelantan turut sama memeriahkan majlis. Aturcara Majlis juga turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada penerima oleh Persatuan Isteri Dan Pegawai Wanita Bomba Dan Penyelamat Malaysia (PERISMA).
Turut hadir memeriahkan majlis ialah para jemputan yang terdiri dari Jabatan/ Agensi Kerajaan dan swasta, Airport Fire & Rescue Services, Pesara Bomba, Pengamal – pengamal media dan pegawai-pegawai bomba.
Sekian, Terima Kasih
#MalaysiaMadani
#sejahtera
#BombaKelantan
#DemiPertiwi
#StrongerTogether
#BOMBA
#KPKT Malaysia
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia



































