MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024 OLEH YB TUAN NGA KOR MING MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Tarikh : 23/1/2024

Masa : 8.30 pagi

Bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Penolong Pengarah Bahagian, Pegawai Bomba dan kakitangan gunasama telah mengikuti Amanat Tahun Baharu 2024 YB Tuan Nga Kor Ming secara dalam talian. Dalam majlis tersebut YB Tuan Nga Kor Ming telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Unit K9 atas jasa dan khidmat cemerlang ‘Cliff’. ‘Cliff’ yang bertugas di Cawangan K9 JBPM Negeri Sarawak telah menghembuskan nafas terakhir pada 25/12/2023.

ms_MYMalay