LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KPKT KE KELANTAN

Tarikh : ( 22 Disember 2022) Khamis
Tempat : Ibu Pejabat JBPM Kelantan
Masa : 11.00 Pagi.

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyambut kedatangan YB Tuan Hj. Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan ke JBPM Negeri Kelantan. Lawatan ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Datuk Azhar bin Ahmad TKSU KPKT dan juga YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid Ketua Pengarah JBPM serta YS TPjB Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohamad, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM. YB Timbalan Menteri bersama rombongan telah diberi taklimat banjir di Bilik Gerakan Banjir Negeri Kelantan. Selepas itu YB Timbalan Menteri dibawa ke lokasi terjejas banjir di Kg Simpangan dan Kg Bendang Pak Yong Pengkalan Kubor Tumpat. YB Timbalan Menteri juga telah menyampaikan sumbangan banjir kepada mangsa banjir. Sekian, terima kasih.

English EN Malay MS
Skip to content