YAS Dato’ Haji Soiman bin Jahid, Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan) JBPM dalam lawatan kerja rasmi ke JBPM Negeri Kelantan dimulakan dengan menerima tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan kehormat pada Selasa(16 Mac 2021). YAS Dato’ turut menyempurnakan pengisthiran nama “Dataran Dato’ Haji Soiman”, Program Penghijauan- Kempen Penanaman 100 juta pokok, dan menyampaikan ucapan kepada pegawai-pegawai jabatan di Dewan Utama JBPM Negeri Kelantan. Turut hadir PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Kelantan, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua Balai, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan JBPM Negeri Kelantan.
Terima kasih diucapkan kepada PgKB II Norizan bin Saad, Bahagian Pengurusan Korporat(Ketua Pegawai Istiadat dan Protokol) dan PgKB II Mohd Fadzil bin Yusof ( Pegawai Istadat dan Protokol)