LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA KE JBPM NEGERI KELANTAN

Tarikh : ( 17 Januari 2023) Selasa

Tempat : Ibu Pejabat JBPM Kelantan

Masa  : 10.00 Pg

Bertempat di Ibu Pejabat JBPM Kelantan YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM telah hadir Program Lawatan Kerja Rasmi. Program dimulakan dengan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormat yang diketuai oleh PgB Farid bin Ismail Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran. Seterusnya YAS Dato’ Sri Ts. menandatangani ‘plaque’ Perasmian ‘Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan’ di perkarangan dewan yang disaksikan YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Acara kemuncak ialah Majlis Pengurniaan Pingat Perkhidmatan  Bomba kepada 37 penerima yang telah disampaikan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid. Turut hadir PgKB I Anwar bin Abu Bakar Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan,Penolong Pengarah Negeri, Ketua Zon dan Ketua Balai serta Ketua Cawangan JBPM Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content