KURSUS UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984 PINDAAN 2021
Kota Bharu, Kelantan, 28.05.2023 : Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Pindaan 2021 (UBBL) yang telah diadakan pada hari ini. Kursus yang berlangsung selama satu hari itu bermula jam 08.00pagi sehingga 05.00 petang telah dihadiri hampir 120 peserta dari pelbagai agensi dan syarikat di sekitar negeri Kelantan.
Kursus tersebut membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang kecil bangunan dan maklumat-maklumat baharu yang berkaitan dengan pindaan 2021. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan , PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin.
#jbpmnegerikelantan #bahagiankeselamatankebakatanjbpmnegerikelantan #ubbl #StrongerTogether #DemiPertiwi #unityindiversity #bombatonggakpenyelamatannegara




