KURSUS PENGUKUHAN MENGHAPUS BAHAYA KEBAKARAN (MBK) DAN PERLESENAN PERINGKAT JBPM NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2023

Tarikh : 20 – 22 Jun 2023

Masa : 08.00 pagi hingga 04.30 petang

Tempat : Dewan Dato’ Seri Ts. Mohammad hamdan Bin Hj. Wahid, Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan

Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) Dan Perlesenan Peringkat JBPM Negeri Kelantan Bagi Tahun 2023.

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan tatacara pelaksanaan MBK di peringkat balai. Kursus ini juga telah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu, teori dan pratikal bagi memastikan pembelajaran teori selari dengan pelaksanaan secara pratikal.

Majlis perasmian dan penutupan kursus telah disempurnakan sendiri oleh YS PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Majlis berakhir dengan sesi bergambar YS Pengarah bersama peserta kursus.

English EN Malay MS
Skip to content