KURSUS KESELAMATAN DIRI, PREMIS DAN HARTA BENDA PERINGKAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI KELANTAN TAHUN 2023 (BBP PENGKALAN CHEPA)

YBhg Puan Arsehan binti Abdul Razak, Pengarah Pendaftaran Negara Negeri  Kelantan telah hadir merasmikan Kursus Keselamatan Diri, Premis Dan Harta Benda Peringkat Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan Tahun 2023.

Program berkenaan melibatkan 45 orang Pegawai Pendaftaran Daerah Seluruh Kelantan.  Pelbagai pengisian  aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya Pengurusan Bencana, Penggunaan Alat Pemadam Api, Pengungsian Bangunan, Menyelamat Di Tempat Datar dan  Pengurusan Binatang Berbisa.

Seramai 4 orang penceramah dan  6 orang fasilitator terdiri daripada Ketua Balai dan Pegawai-Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.Turut hadir dan terlibat sebagai peserta  YBhg Tuan Mohd Amir bin Mohd Adib, Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content