KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH JBPM NEGERI KELANTAN KE IPK KELANTAN

Tarikh : 4 Oktober 2023

Masa : 10.0 Pagi

Tempat : IPK Kelantan

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan bersama Pegawai Kanan telah mengadakan kunjungan hormat ke IPK Kelantan. Kehadiran YS Pengarah  dan Pegawai Kanan telah disambut oleh Datuk Zaki bin Harun, Ketua Polis Kelantan. Antara perkara yang dibincangkan adalah kerjasama antara dua jabatan dalam Operasi Bencana Banjir di Negeri Kelantan. YS Pengarah juga menyatakan persetujuan untuk memberi bantuan khususnya dalam perkara yang melibatkan Pemeriksaan dan  Kelulusan Bangunan serta Keselamatan Kebakaran.

English EN Malay MS
Skip to content