Tarikh : 2 November 2023
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Pejabat YS Pengarah, Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada En. Haszlihisham bin Abdullah, Pengarah
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Kelantan bersama En. Mohd Hanif Aiman Bin Mohd Anuar Musardar, Penolong Pengarah Kanan Unit Tanah Persekutuan. Antara perkara yang dibincangkan adalah projek pembinaan balai-balai bomba baru di Negeri Kelantan. Pihak JKPTG menyatakan akan membantu pihak JBPM Negeri Kelantan bagi memastikan kelulusan projek pembangunan balai-balai bomba berjalan dengan baik. YS Pengarah juga menyatakan persetujuan untuk memberi kerjasama dalam hal-hal berkaitan keselamatan bangunan. Turut hadir PgKB II Zamri bin Mohamad Yusob, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM Negeri Kelantan. Terima kasih.
JBPM Negeri Kelantan JBPM Negeri Kelantan JBPM Negeri Kelantan JBPM Negeri Kelantan JBPM Negeri Kelantan JBPM Negeri Kelantan