Tarikh : 26 Mac 2024 ( Selasa )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Kehadiran YS Pengarah bersama PgKB II Mohd Wildan b. Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan PgB Mohd Farid b. Ismail, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai dan PKPgB Anuar bin Yaacob, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Kelantan telah disambut oleh En. Wan Amirnordin b. Wan Kamaruddin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk mengeratkan silaturrahim di samping dapat bertukar pandangan dan memperkemaskan jalinan kerjasama sesama jabatan khususnya dalam menangani kes-kes pembakaran terbuka dan kebakaran tanah gambut di beberapa jajahan Negeri Kelantan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar. Terima kasih.