Tarikh : 30 Disember 2024 (Isnin)
Masa : 09:30-10:45 pagi
Tempat : Pejabat Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Hjh Noriza Binti Haji Hashim, Pengarah BSN Negeri Kelantan.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk membincang dan mengeratkan hubungan antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan dengan Bank Simpanan Nasional serta perancangan jenis kerjasama yang boleh dijalankan bersama kelak di masa depan.
Turut sama hadir ialah PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah JBPM Kelantan serta Md Arbi Bin Che Kob, Ketua Pengurusan Deposit Negeri, Haji Mohd Zaidi Hj A. Malek, Ketua Khidmat Pengurusan BSN dan Mohd Yuzakri Bin Yazid, Ketua Pengurus Perniagaan Negeri








