KARNIVAL KELAB KESELAMATAN KEBAKARAN KANAK-KANAK ( 3K ) JBPM

Tarikh : ( 14 November 2022) Isnin

Tempat : SK Tengku Indera Petra Kota Bharu

Masa  : 11.00 Pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan Karnival Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak ( Kelab 3K ). Dalam Karnival tersebut Jabatan Bomba telah menyampaikan Ceramah Keselamatan Kebakaran bagi memupuk pengetahuan dan kefahaman asas tentang Keselamatan Kebakaran kepada Kanak-Kanak. Selain itu, ianya juga untuk memberi latihan dan pendedahan jika berlaku bencana sebenar. Majlis dianjurkan oleh Kelab 3K Prasekolah QIT  Bandar Kota Bharu bersama BBP Kota Bharu telah dirasmikan oleh PgKB I Anwar bin Abu Bakar Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan.

Turut hadir adalah Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Negeri Kelantan PgKB II Zamri bin Mohamad Yusob dan TPgB II Zukeri bin Safie Ketua Balai BBP Kota Bharu.

English EN Malay MS
Skip to content