YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Bersama Media Kelantan berkaitan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2021, Persediaan jabatan disepanjang musim perayaan dan perkembangan jabatan, seterusnya membuat lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong pada Rabu( 5 Mei 2021). Dalam lawatan tersebut YS Pengarah sambut oleh PBK I Zainal Fitri bin Husin, Ketua Balai dan Penyelamat Tunjong bersama anggota bertugas. Seterusnya YS Pengarah memeriksa peralatan kebombaan agar berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Turut Hadir Ketua-ketua Bahagian, Zon dan Rakan-rakan Media Negeri Kelantan.