CERAMAH KESALAHAN-KESALAHAN RASUAH DAN PEMANTAPAN INTEGRITI JBPM KELANTAN

Bahagian Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat SPRM Negeri Kelantan telah mengadakan Ceramah Mengenai Kesalahan-Kesalahan Rasuah Dan Pemantapan Intergriti di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Program hari ini  diketuai  oleh PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.  Program tersebut  melibatkan 80 orang yang terdiri Ketua Bahagian/Ketua Zon/Ketua Cawangan/Ketua Balai bersama pegawai di bahagian/ balai masing-masing. Antara lain tujuan program ini adalah untuk memperkasakan dan memperkukuhkan intergriti dikalangan pegawai dan kakitangan gunasama yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.

ms_MYMalay