Tarikh : 05.06.2025
Masa : 0900 – 1300
Tempat : Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara, Kelantan
Program Bicara Governans, Integriti Dan Anti Rasuah (BiGIAR) merupakan program pengukuhan integriti tahunan yang dianjurkan oleh Unit Integriti Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak. Tahun ini genaplah 11 tahun ianya dilaksanakan bermula dari tahun 2014. Sasaran peserta untuk program ini terdiri dari Jabatan dan Agensi Beruniform, Pejabat SUK Kerajaan-Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan Dari 3 Buah Negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan jumlah penyertaan pada kali ini adalah seramai 420 orang.
Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Majlis turut menampilkan panel-panel yang amat berwibawa seperti Dato’ Mohd Shafie Harun Ketua Bahagian Koordinasi Wilayah Dan Negeri,Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan Tuan Zakaria Bin Taib Timbalan Pengarah,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kelantan.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran dari agensi-agensi seperti Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan, PERKESO, Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara, Bank Simpanan Nasional dan pameran KIK dan Inovasi JBPM.












