KOTA BHARU, 04 JANUARI 2024 : YS PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu & Perhimpunan Penjawat Awam yang diadakan di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kota Darulnaim pada jam 08.15 pagi.
Majlis dimulakan dengan lagu ‘Negaraku’ dan ‘Selamat Sultan’ serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran disusuli dengan ucapan aluan oleh YB. Dato’ Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Kemuncak pada majlis ini adalah Ucapan Amanat Tahun Baharu yang disampaikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.
Majlis berakhir dengan tayangan montaj khas dari Pejabat Menteri Besar Kelantan serta penyampaian anugerah dan sijil penghargaan dari Kerajaan Negeri Kelantan diakhiri dengan bacaan doa.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN