YS PKPjB Awang Hidzel Bin Awang Bujang, Pengarah dan Seluruh Warga Kerja, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada semua pejuang negara.
Terima kasih atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air tercinta. Jasa dan pengorbanan para pejuang sama ada yang masih hidup atau telah pergi meninggalkan kita akan sentiasa dikenang buat selamanya. Terima kasih atas sumbangan kalian kepada negara tercinta ini. JASAMU DIKENANG.