kempen kesedaran 2022

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN PELANCARAN PASUKAN BOMBA KOMUNITI PERINGKAT ZON 2, SUNGAI PETANI

Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Pasukan Bomba Komuniti Peringkat Zon 2 JBPM Negeri Kedah 2022 di Pantai Murni, telah diadakan pada 09 Ogos 2022.

Acara bersejarah itu disempurnakan YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Kedah bersama timbalannya, PPjB Syufa’at bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah

Turut hadir bersama Penolong-penolong Pengarah Bahagian Pegawai Kanan Jabatan serta warga Ibu Pejabat JBPM Negeri Kedah.

Dalam program itu, sebanyak 10 pasukan Bomba Komuniti Zon 2 ditubuhkan membabitkan daerah Kuala Muda dan Yan untuk membantu pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berhampiran.

Pasukan Bomba Komuniti ini bertindak menjaga keselamatan penduduk selain menyalurkan maklumat kepada pihak bomba sekiranya berlaku ancaman banjir kilat atau banjir lumpur yang berlaku di Yan tahun lalu serta Baling, Julai lalu.

Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti di air supaya mengambil langkah keselamatan sekiranya hujan lebat yang menyebabkan aliran sungai berubah warna, daun kering hanyut supaya beredar dengan segera dari kawasan itu.

“Dengan adanya Bomba Komuniti ini, kita percaya mereka akan membantu pihak Bomba meluaskan maklumat kepada masyarakat setempat dan pengunjung yang datang ke tempat perkelahan.”

Setakat ini di Bomba Komuniti di Kedah mempunyai sebanyak 61 pasukan iaitu seramai 893 orang dan akan menambah keahlian dari masa ke semasa di setiap daerah mengikut zon.”Selepas ini, kita akan tubuhkan Bomba Komuniti di Zon 3 iaitu di daerah Kulim berhampiran dengan Sungai Sedim dalam usaha untuk menambah keahlian lebih ramai menyertai pasukan ini,” katanya.

English EN Malay MS
Skip to content