DMAX2022

Latihan DMEX Ops Tokai KTM Pendang Kedah 2022 pada 24 Ogos 2022

Assalamualaikum dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra

YS Puan/Tuan

Jenis Insiden: Latihan DMEX Ops Tokai KTM Pendang Kedah 2022.

Tarikh/Masa Panggilan: 24.08.2022 11:26:45

Alamat: Stesen KTMB Tokai West Pendang Kedah .

Jumlah Keseluruhan mangsa: Meninggal dunia – 3Cedera parah – 11Cedera ringan – 20 Selamat – 40

Keanggotaan: BBP Pendang,BBP Guar Cempedak,BBPJalan Raja .(K1-18 dan K2-02-K1-18 K2-06 ,K1-03 )

Agensi Bantuan : KKM, PDRM, APM, KTM, JKM, Pejabat Tanah dan Galian Pendang, PBS Tanah Merah .PgKB I- 1 orang PgKB II -1 orang PgB – 1 orang PKPgB – 2 orang PPgB – 5 orang PBK II- 3 orangPB – 38 orang PBB- 16 orang Agensi Bantuan -167 anggota Komander Operasi: PgKB I Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zain Pegawai Operasi : PPgB Mohd Ezzat Emran bin Ezani

Catatan: Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Kedah telah menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999, iaitu Latihan DMEX OPS Tokai KTM Pendang. Pemanggil memaklumkan berlakunya kemalangan dan kebakaran pada salah satu gerabak pada tren ETS tersebut. Kemalangan melibatkan tren ETS dengan sebuah troli kejuruteraan KTMB. Tindakan awal PGO Kedah adalah mengarahkan BBP Pendang ke lokasi kejadian dan BBP Guar Chempedak sebagai balai bantuan serta menghubungi TCCC untuk bantuan pengesahan zero current /elektrik bagi memudahkan kerja-kerja pemadaman dan penyelamatan dilaksanakan. KO lapor terdapat lebih kurang 74 orang mangsa dan tindakan awal KO adalah melakukan kerja pemadaman menggunakan satu(1) aliran, 800 kaki, dua (2) pancutan menggunakan air pili bomba. PKB Ops Tokai diwujudkan di lokasi kejadian. Bantuan daripada agensi lain turut berada di lokasi kejadian. Ys Pengarah, Timbalan Pengarah, PPON, PPO, KCPGO dan Pegawai Kanan yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perihal kejadian. KO lapor operasi latihan DMEX Ops Tokai 2022 ditamat sepenuhnya pada jam 14:43:00

Sekian, terima Kasih.

English EN Malay MS
Skip to content