YS Pengarah JBPM Kedah Pn Sayani Hj Saidon juga Pengerusi Perisma Kedah menanam pokok di perkarangan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah di sini, bagi memulakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Selesai menanam pokok itu, YS Pengarah JBPM Kedah menyampaikan amanatnya yang turut disaksikan oleh Ketua Zon, Wakil Balai, serta Ahli Perisma Kedah dengan mengajak Pegawai Bomba JBPM Negeri Kedah serta Ahli Perisma Kedah menjayakan agenda penghijauan Malaysia dengan menanam pokok.”Kepada semua, marilah bersama-sama menjayakan agenda penghijauan Malaysia dengan menanam 100 juta pokok di seluruh negara menjelang tahun 2025,” katanya ketika melancarkan kempen itu.
Pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di peringkat JBPM Negeri Kedah ini adalah menyahut seruan kerajaan yang telah melancarkan kempen ini dengan tema ‘Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita’ atau ‘Greening Malaysia: Our Trees, Our Life.’Kempen Penanaman 100 Juta Pokok adalah sebahagian daripada Program Penghijauan Malaysia, yang merupakan satu daripada agenda nasional bagi perubahan iklim serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.Kempen ini bertujuan untuk bersama menjaga ekosistem alam sekitar dan memastikan keadaan pengaliran air di tahap yang terkawal dan terbaik.