31 Julai 2024 (Rabu) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman mencemar duli ke Istiadat Perbarisan dan Meletak Kalungan Bunga sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.
Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah; Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah; Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Tunku Temenggong Kedah.
Kebawah DYMM Tuanku Sultan turut perkenan menerima Sembah Hormat Diraja dan mencemar duli memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Baginda kemudiannya mencemar duli bagi meneruskan upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan bersempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah.
Usai Upacara Meletak Kalungan Bunga, Baginda Tuanku Sultan sekali lagi perkenan menerima Sembah Hormat Diraja dari Kawalan Kehormatan Utama, Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum berangkat pulang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah dihadiri oleh YS PKPjB Awang Hidzel Bin Awang Bujang, Pengarah JBPM Negeri Kedah, bersama Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Pegawai Kanan Jabatan dan Pegawai Bomba.
Selain itu, perbarisan statik juga turut mengambil tempat di dalam istiadat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Bekas Polis Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Hari Pahlawan ini telah disambut sejak 1960-an lagi, bagi memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara. Sesungguhnya jerih perih mereka, para pejuang tanah air pada masa dahulu dan sekarang adalah demi negara kita yang berdaulat.
- #MalaysiaMADANI
- #DemiPertiwi
- #StrongerTogether
- #BOMBA
- #DaulatTuanku
- #kedahsejahtera
- #kedah
- #haripahlawan
- #MalaysiaMadani
- #BombaKedah
- #UnitMediaBombaKedah
- #BombaMalaysia
- #BombaZon1KotaSetar
- #BombaZon2SungaiPetani
- #BombaZon3Kulim
- #BombaZon4Langkawi
- #jbpmkedahungguldipersada
- #wegeneratedourowntrone
- #strongtogether
- #BiarJasaJadiPahala
- #DemiPertiwi
- #BOMBA
- #kedahsejahtera
- #kedah
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi BOMBA_KEDAH dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
- https://www.facebook.com/bombakedah/
- https://www.instagram.com/bomba_kedah
- https://twitter.com/Bomba_Kedah
- https://www.youtube.com/channel/Bomba_Kedah
Sokongan anda amatlah dihargaiTerima Kasih
Kredit Media : Warta Kedah