perhimpunan SUK 2

BOMBA KEDAH TERUS UNGGUL DENGAN PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF

21.01.2024 (Ahad) –

JBPM Negeri Kedah yang diwakili oleh YS Pengarah, YS PKPjB Awang Hidzel Bin Awang Bujang serta barisan anggota Kumpulan Alor Setar Troopers (AST) yang diketuai oleh TPgB II Tc. Ahmad Naufal bin Abdullah telah menerima hadiah penghargaan Pemenang Utama Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AiPSA) daripada Kerajaan Negeri Kedah Darulaman.

Hadiah yang telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali di dalam Majlis Perhimpunan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah pada pagi ini.

Turut serta di dalam majlis tersebut adalah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), YBhg. Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Awam Negeri dan Persekutuan, para wakil kesatuan pekerja serta penjawat awam di negeri Kedah. Pemberian hadiah ini akan terus menyuntik semangat JBPM Negeri Kedah untuk terus mengamalkan pemikiran yang kreatif dan inovatif seterusnya menyumbang ke arah kemajuan serta pembangunan negeri Kedah dan Malaysia.

English EN Malay MS
Skip to content