KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat melawat mangsa banjir di daerah Kota Tinggi, Johor, hari ini (13 Januari).
Seri Paduka Baginda melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi, yang kedua-duanya menempatkan kira-kira 390 orang mangsa banjir daripada 106 keluarga.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor; CP Datuk M. Kumar, Ketua Polis Johor serta Tuan Haji Miswan Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi.


