29 September 2022PPjB Ts. Mohd Rizal Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor telah diberikan ruang dan peluang bagi menyampaikan taklimat dan perkongsian di Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor Darul Ta’zim. Taklimat tersebut berkaitan TV Al Hijrah: Bomba & Keselamatan Sewaktu Banjir.Turut diterangkan peranan komuniti dalam tempoh Monsun Timur Laut 2022 bagi memberikan kesedaran dan pencegahan ketika banjir berlaku. Demontrasi peralatan Pasukan Penyelamat Di Air turut dikongsikan dalam taklimat tersebut.


