Bertempat di Bilik Mesyuarat Keriang, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor telah diadakan sesi taklimat Pengembangan Skop Pelaksanaan Anti-Bribery Management System (ABMS) ISO 37001:2016 bagi Fasa II Tahun 2022 JBPM Negeri Johor. Taklimat telah disampaikan oleh PPjB Morni bin Mamat, Ketua Unit Integriti JBPM. Seramai 24 orang pegawai JBPM Negeri Johor telah diterangkan berkaitan skop serta pengenalan ABMS ISO 37001:2016 ini.

