PERTANDINGAN KAROM ANJURAN PERISMA NEGERI JOHOR
11 Januari 2025,Bertempat di Dewan Bakawali, JBPM Negeri Johor
Perisma Negeri Johor dengan bangganya mengumumkan kejayaan penganjuran Pertandingan Karom yang telah berlangsung pada 11 Januari 2025 di Dewan Bakawali, Johor Bahru, Johor. Pertandingan ini disertai oleh peserta-peserta dari Zon 1, Zon 2, Zon 3 dan Zon 4 yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta kemahiran luar biasa dalam permainan karom.
Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk mengasah kemahiran mereka dalam sukan tradisional ini. Ia juga menjadi satu usaha untuk mempromosikan sukan karom di peringkat negeri sebagai salah satu aktiviti yang boleh membawa masyarakat lebih dekat melalui persaingan sihat.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen tinggi dan mengharapkan agar acara ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dengan penyertaan yang lebih luas. Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran pertandingan ini, termasuk pengurusan Dewan Bakawali serta para sukarelawan.


