Nilai kerugian disebabkan bencana banjir seluruh negara pada tahun lalu berjaya dikurangkan daripada RM1.03 bilion pada 2022 kepada RM755 juta.Hasil pengurangan jumlah kerugian tersebut didorong oleh kecekapan semua pihak melalui konsep Pengurangan Risiko Bencana yang menggemblingkan tenaga semua agensi berkaitan.Penglibatan semua pihak serta penyelarasan yang betul membolehkan gerak kerja pengurusan bencana berjalan lancar sekali gus mengurangkan kerugian serta menjadikan Malaysia negara berdaya tahan krisis tersebut.
Sumber : FB Media Digital Johor


