MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI JOHOR: MENINGKATKAN KECEMERLANGAN DAN INTEGRITI

Johor Bahru, 24 September 2024

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2024 bertempat di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor. Majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh para jemputan khas serta pegawai kanan jabatan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Bangsa Johor” dan “Siap Sedia Setiap Masa” serta memberikan penghormatan kepada lagu “Negaraku”. Menyahut seruan dan amanat Ketua Setiausaha Negara, perhimpunan kali ini turut membaca ikrar “Rukun Negara”.Pengarah JBPM Negeri Johor, YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, dalam ucapan beliau, menekankan kepentingan integriti dan kerjasama dalam mencapai misi jabatan. Beliau juga memberi penghormatan kepada semua anggota yang telah menunjukkan dedikasi dan kecemerlangan dalam tugas masing-masing.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan nota serah tugas Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor kepada PPjB Muhammad Al Mustakin bin Abdul Hady, yang secara rasmi mengambil alih tanggungjawab tersebut. Upacara penyerahan ini simbolik kepada kesinambungan kepimpinan dalam memastikan JBPM Negeri Johor terus cemerlang dalam melaksanakan tugasnya.Pelbagai anugerah turut disampaikan pada majlis ini, termasuk penghargaan kepada pemenang Pertandingan Kibaran Jalur Gemilang Tahun 2024, yang memperlihatkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan warga JBPM. Sijil Penghargaan Pengurusan Terbaik Zon 1 juga disampaikan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam bidang operasi kebombaan dan penyelamatan, keselamatan kebakaran, dan penyiasatan kebakaran.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) serta Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Anugerah-anugerah ini adalah bukti komitmen jabatan dalam memupuk daya inovasi dan kecekapan dalam kalangan anggota.Selain itu, majlis turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anggota bagi bulan Ogos dan September 2024, menambah keceriaan kepada suasana perhimpunan ini. Sesi bergambar diadakan sebagai tanda kenangan manis bagi semua yang hadir.Majlis juga memperuntukkan slot khas berkaitan integriti bertajuk “Tauladan Hidup Rasulullah S.A.W, Menjadi Ikutan Dalam Pekerjaan,” yang memberikan inspirasi kepada semua hadirin untuk mencontohi nilai-nilai murni dalam melaksanakan tugas harian.Majlis Perhimpunan Bulanan ini bukan sahaja mengiktiraf pencapaian dan dedikasi anggota JBPM, tetapi turut memupuk semangat kerjasama dan kecemerlangan dalam jabatan. Ia menjadi platform penting untuk mengukuhkan nilai integriti serta memperkukuh komitmen JBPM Negeri Johor dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara.Majlis diakhiri dengan jamuan dan para jemputan beransur pulang pada jam 12.00 tengahari.

461185203 916037590549740 6572239439101604935 n
461162477 916036693883163 3610586371172172909 n
461081472 916037993883033 631101197729512697 n 1
461162352 916036873883145 7655685329202328799 n
461075960 916039717216194 8694510179185328879 n
461220377 916040973882735 6506042111466528965 n 2
ms_MYMalay