19 Mac 2023
Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai telah diadakan Majlis Lawatan Mesra YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM ke Balai Bomba dan Penyelamat Skudai. Ketibaan YAS Dato’ telah disambut oleh PPjB Ts. Mohd Rizal bin Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor dan PKPgB Mohamad Riduan bin Akhyar, Ketua Balai BBP Skudai.Dalam majlis tersebut disampaikan sumbangan dari Persatuan Kebajikan JBPM dan PSKK Johor kepada PB Muhammad Fazlan bin Maraman dari BBP Labis yang telah menerima musibah kediamannya terbakar tempoh hari. Selain itu, seramai 27 orang pegawai turut menerima sumbangan dari PSKK Johor yang mengalami kerugian akibat bencana banjir yang telah melanda Negeri Johor pada tahun 2023.JBPM Johor amat mengalu-alukan kehadiran YAS Dato’ beserta Dif- dif yang lain ke Negeri Johor


