9 Julai 2024 (Selasa)
Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian telah diadakan Lawatan Kerja Rasmi YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor serta Sesi Libat Urus Bersama Warga Kerja BBP Pontian. Ketibaan beliau telah disambut oleh PPgB Azhar Abd Jalil, Ketua Balai BBP Pontian.Dalam lawatan tersebut turut diadakan penyampaian sumbangan anak cemerlang SPM 2023 kepada anak PBK II KUP EZAL BIN AZMAN yang telah memproleh keputusan 8A. Seterusnya diadakan sesi penanaman anak pokok di kawasan balai.Turut hadir dalam lawatan tersebut PgKB I Mohamad Faizul Hj Selamat, Pemangku Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor, PgKB I Zaipulbahri Mat Rusok, Ketua Zon 1, Johor dan Penolong-penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Johor.


