LAWATAN KERJA RASMI YS PENGARAH JBPM NEGERI JOHOR KE BBP LARKIN

12hb Disember 2023 –

Telah berlangsung, Lawatan Kerja Rasmi YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor ke BBP Larkin. Ketibaan YS Pengarah telah disambut oleh TPgB I Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal, Ketua Balai BBP Larkin bersama Penolong² Pengarah dan Pegawai Kanan Jabatan serta anggota BBP Larkin. YS Pengarah dibawa ke Meja Tandatangan Buku Lawatan dan diikuti dengan Pelancaran Banner Kelab 3K BBP Larkin.Selepas itu YS Pengarah bersama hadirin turut menyaksikan Ketikan Kad Terakhir PBK II Haji Zulkarnain, Penyelia Pasukan Alpha BBP Larkin yang akan bercuti dan bersara wajib bermula 01hb Januari 2024. PBK II Haji Zulkarnain turut membuat “Pelaporan Keluar Baris yang terakhir” sebelum menerima cendera hati drpd YS Pengarah dan bersalaman dengan para hadirin sebelum menaiki kenderaan keluar.YS Pengarah kemudian bergambar kenangan dengan Pegawai Bomba BBP Larkin sebelum membuat lawatan ke Pejabat Zon 1 dan Bahagian Kejuruteraan. YS Pengarah kemudian di bawa ke bilik mesyuarat BBP Larkin utk mendengar Taklimat Pengoperasian BBP Larkin oleh Ketua Balai dan terus menjalankan Mesyuarat Pengurusan JBPM Negeri Johor Bil 18/2023 yang dipengerusikan oleh YS Pengarah sendiri. Sebelum bersurai, YS Pengarah menerima cenderahati drpd Ketua Balai seterusnya bersama² para hadiri termasuk Pegawai Bomba BBP Larkin yang bertugas menjamu selera.

409586267 340340645380983 8425081453798253864 n
409630541 340340395381008 2358524736612555091 n
409587578 340341315380916 7559564018870375801 n

“Dari Sungai hingga Segara, Palestin Pasti Merdeka”

English EN Malay MS
Skip to content