KLUANG, 29 September 2025
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melalui Zon 3 telah melaksanakan Latihan Pemanduan 4×4 dan Kajian Kawasan Berisiko Banjir sempena persediaan menghadapi Musim Monsun Timur Laut (MTL).
Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang ini telah diadakan bertempat di Kompleks Perbadanan Taman Negara, Kampung Peta.
Aktiviti utama yang dijalankan merangkumi:
Latihan Pemanduan 4×4 ke kawasan Kampung Peta.
Taklimat daripada wakil Perbadanan Taman Negara berkaitan keadaan geografi dan risiko bencana.
Kajian lapangan ke kawasan berisiko banjir serta penempatan masyarakat Orang Asli di sekitar Kampung Peta.
Latihan ini melibatkan penglibatan semua pegawai Zon 3, ketua-ketua balai serta pemandu terpilih.
Penganjuran latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota bomba Zon 3 dalam aspek kemahiran pemanduan kenderaan 4×4 serta penguasaan maklumat kawasan berisiko bencana. Ia juga menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama dengan agensi luar dalam usaha menghadapi kemungkinan berlakunya banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut.
Bomba Tonggak Penyelamatan Negara
Siap Sedia Setiap Masa
Latihan Pemanduan
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi












